Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2019 - Mingguan Kerja!

Breaking

Sunday, January 27, 2019

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2019



Warganegara Malaysia berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta salah seorang ibu atau bapa berasal dan dilahirkan di Negeri Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan serta sedang belajar di IPT tempatan dipelawa untuk memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan.



(A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN

1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)

  • Aktuari Sains 
  • Pertanian 
  • Juru Ukur 
  • Sains Tulen 
  • Kejuruteraan 
  • Seni Bina (Architecture) 
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak 
  • Teknologi Maklumat 
  • Pengurusan Hartanah 
  • Ukur Bahan 
  • Perakaunan 

2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)

  • Aktuari Sains 
  • Pergigian 
  • Akuakultur 
  • Perhutanan
  • Ekonomi 
  • Perikanan 
  • Farmasi 
  • Pertanian 
  • Kejuruteraan 
  • Perubatan 
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak 
  • Perubatan Veterinar 
  • Keusahawanan 
  • Psikologi 
  • Komunikasi 
  • Sains Alam Sekitar 
  • Juru Ukur 
  • Sains Biologi Marin 
  • Pelancongan dan Hospitaliti 
  • Sains Bioteknologi 
  • Pendidikan 
  • Sains dan Teknologi Makanan 
  • Pengajian Islam 
  • Sains Data 
  • Pengangkutan dan Logistik 
  • Sains Komputer 
  • Pengurusan Ladang 
  • Seni Bina (Architecture) 
  • Pengurusan Hartanah 
  • Teknologi Maklumat 
  • Pentadbiran Perniagaan 
  • Ukur Bahan 
  • Perakaunan 
  • Undang-Undang

(B) KELAYAKAN MEMOHON

1. Had Umur

  • Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun. 
  • Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun. 
2. Kelayakan Akademik
  • Mempunyai kredit dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 
  • Memperolehi sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.5 keputusan semasa. 
(C) CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah melalui laman sesawang biasiswa.sabah.gov.my mulai 16 January 2019. Pemohon perlu mempunyai e-mel peribadi yang aktif.

(D) PERHATIAN

  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan. 
  • Keputusan permohonan disemak melalui online. 
  • Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja. 

No comments:

Post a Comment