Bantuan Sara Hidup dibayar Isnin depan - Mingguan Kerja!

Breaking

Daftar E-mel Untuk Dapatkan Info Jawatan Terkini!

Join Channel Telegram @myjawatan

Thursday, January 24, 2019

Bantuan Sara Hidup dibayar Isnin depan



PUTRAJAYA – Kerajaan telah memaklumkan pembayaran fasa pertama bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan jumlah RM300 bagi setiap isi rumah akan dilaksanakan pada Isnin depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi satu kenyataan berkata, bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank bagi penerima yang layak.

“Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 Bilion. Bayaran ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka.

“Kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data yang lama yang kemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak, bagi membolehkan bayaran dibuat sebelum bulan Februari 2019,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, proses pemutihan yang akan mengeluarkan nama penerima tidak layak kerana bukan daripada golongan B40, memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan.

Beliau berkata, setelah pangkalan data telah dikemaskini, pembayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga pula bakal menggunakan kaedah baharu seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019.

“Proses kemas kini data hendaklah dilaksanakan untuk pembayaran BSH fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan Program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah.

“Kriteria pembayaran serta kaedah baharu akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat,” katanya.

No comments:

Post a Comment